Friday 17 April 2015

Kahwin Sambil Belajar

Assalamualaikum..

         Ohh..Lama nya tak update..Boleh katakan setahun beberapa kali je ada masa nak update blog.. Almaklumlah, aku memang busy punya perempuan..Ni tetiba rajin pun sebab kena kerja hari Sabtu (kita cuti seminggu sekali je.sob sobs)..So, macam bosan gila ofis ni then teringat kat blog yang dah berhabuk, kalau wujud di alam nyata blog ni memang dah bertikus, bercacing, berular dan sebagainya..Huuuhuu.. =(

         Ehh..Kita rajin ni pun sesaje nak share khabar gembira yang baby kita Umarr nak jadi abang..yippiieeee...Adik yang tak diundang nak masuk 2 months dah dalam perut..Hehehe..Baik punya planning woo..Nak tunggu Umarr besar la, nak melancong serata dunia bawak Umarr la, nak beli Umarr ini itu, nak beli rumah, nak sambung Master,eehh..Just name it..Semua aku nak..Tapi Allah sebaik-baik perancang, dah nak tambah lagi sorang ni kena la ubah planning hidup..

          Aku ni ada sedikit fobia nak beranak lagi..Mana taknya, kisah silam melahirkan Umarr amat lah mengerikan.. Contraction bersalin je dah 36 jam. Mak aihh..Sapa yang pernah rasa bersalin je tau contraction tu sakit macam hape..Nak tahan 5 minit pun tak sanggup inikan 36 jam.. Time tu memang fikir dah tak panjang umur je..Sakit gila.. =(

         Tajuk kahwin sambil belajar ni ada kena mengena la dengan kisah hidup aku..Kalau kau tengok orang-orang lain yang tabah kahwin sambil belajar dengan anak lagi, boleh fikir dia ada suami nak tolong. Aku ni, kahwin dgn askar, nak menolong  ni macam harapan je lah. Suami aku kem kat Kluang, Johor, dan aku study kat UiTM Shah Alam. Memang harap ibu aku je tolong aku..

         Waktu mula2 pregnant Umarr pun, suami aku kat Lahad Datu. Umarr dah 4 bulan dalam perut baru suami aku balik. "Biasalah tu kahwin dengan askar, kena banyak berkorban" Kata si cengkerik yang tak kena batang hidung sendiri.. Apa pun memang payah suami jauh, dengan kita masih study.. Dipendekkan cerita yang panjang, aku duduk rumah sewa time pregnant, kawan2 yang jagakan aku..Mengidam apa2 ibu yang berusaha dapatkan untuk aku..Ish ish ish..

         Aku bersalin timing memang cantik (Alhamdulillah), time cuti semester. So, aku tak de lah nak postpone study since memang aku berharap sangat dapat graduate dengan rakan2 sekelas yang aku sayangi..Pheww..

         "Eh..Bestnya ada baby time belajar" "Bestnya jadi Mira" "Mira untung, dah kahwin, ada anak lagi"...Dan macam2 lagi ayat positif dari rakan sebaya yang memang biasa aku dengar.. Hanya mampu tersengih kerang busuk, derita time tu hanya Allah yang tahu. Time dah ada baby, aku berulang dari rumah ibu aku di Beranang ke Shah Alam setiap hari untuk pergi kelas. Lagi best, bila dah sampai kelas, kelas diumum batal oleh Class Rep, sebab lecturer batalkan last minit.. Bukan sekali dua weyh aku kena. Banyak kali.. Travel 1 jam setengah dengan jammed datang kelas panjat tangga (UiTM dan bukit berpisah tiada) , kelas batal macam tu je. Lecturer yang sama pulak tu.. Mohon lecturer tu berubah, jangan buli student macam ni.Hmm..Yang pelik nya, bila aku decide tak nak datang, ada pulak kelas dia teruskan.. What the Fish.

"Alahai, travel pun nak bising Mira ni.."

         Yela, malam aku tak cukup tido , gila apa ada baby boleh tidur lena,tambah2 baby aku full brestfeeding. Aku memang berazam nak bagi dia full bf, so kena berkorban  lebih sikit.. Malam dua tiga kali bangun, pump susu, susukan baby..Kadang2 aku tidur pengsan ibu aku berusaha bangunkan aku sampai terjaga. Kesian ibu.. =,(

Haa..Amacam?Nak kahwin awal jugak?

           Sambung lagi, penderitaan lebih dasyat bila adanya Final Year Project (FYP) yang sangat stress. If assigment biasa, kau boleh kautim dengan member2..Membe assigment aku baik sangat <3 . Kau sikit aku sikit buat..Ni FYP semua kena settle sendiri. Time tu pulak Umarr meragam nangis2, ibu pulak kena insomnia (xleh tido malam) so bila siang ibu jadi pening.. Memang tragis, sepanjang siapkan FYP aku ada malam yang tak tidur langsung (org takde anak siapkan fyp pun tak tidur inikan aku)..Alhamdulillah, berjaya jugak aku ke peringkat viva..Dan semuanya lepas..Siap bawak Umarr pergi viva.. Allah, ngeri bila ingat balik.

            Aku cerita ni bukan la sesaje nak buang masa, aku nak sampaikan, jangan bila kita tengok orang tu rezeki lebih, jangan ingat dia mudah dapat semua tu. Pesanan ni pun aku pesan kat diri sendiri. Sebab aku pun ada penyakit bila tengok orang berjaya, macam dalam hati terdetik "Kenapa otak dia pandai sangat?", "Kenapa macam best je dia jadi kaya" "Kenapa ni kenapa tu.. Tapi bila fikir balik,ujian dia mesti hebat..

            Sama juga dengan kahwin sambil belajar ni. Sebagai orang yang dah melaluinya, aku memang rekemen 100% sekurang2nya kau habis lah belajar dulu adik2 woi.. Sumpah realiti alam perkahwinan tak sama denga novel yang kau baca, dengan drama yang kau tengok, dengan cerita sweet orang yang kau dengar. Maybe orang yang kahwin tu acah-acah sweet, sebenarnya perang dunia yang dia tak tunjuk, kau takkan pernah tahu. 

            Aku bukan streotaip, kalau still belajar tu means muda lagi, bila muda lagi darah senang naik..Aku cakap ni if kita ni kategori orang biasa2.. Tapi kalau jodoh kau tu memang keturunan bagus, penyabar, orang2 soleh, mungkin boleh dipertimbangkan.. Apa-apa pun istikharah la, minta petunjuk Allah..

Tapi kena ingat,kalau kau dah beriya sangat nak kahwin, pastu kau istikharah, memang kau sendiri termimpi-mimpi yang dia jodoh kau. So, sepatutnya kau jadi lagi neutral, ada jodoh ada, tak de tak apa..Insyaallah petunjuk datang dari Allah, bukan dari akal kita yang cetek.

"Nak kahwin jugak,tak peduli"
"Saya cinta dia"
"Kami nak elak maksiat"

             Biasala tu ayat2 macam ni dah lama dah dengar. Cuma teringat kata-kata seorang ustaz "Kalau kahwin nak elak maksiat, kenapa masih ada lagi isteri dan suami orang yang berzina dengan orang lain?"

Haaa...Jawab2..Hehehe..

  "Eh..Kak Mira kahwin awal kenapa pulak?Ramai je orang bahagia kahwin awal.."

               Ohh..Akak kahwin awal ni pun sebab ingat best gila..Rupanya best tu tak datang sendiri.. Kita kena usaha nak jadikan perkahwinan tu best.. Dan usaha tu kadang2 menyebabkan kepenatan..Dan kepenatan tu menyebabkan rasa nak marah.Tu bagi akak la.. Kalau kau nak cuba-cuba jugak, kahwin jela. Kisah apa aku.Orang nasihat tak nak dengar. Ish!

           Aku sebenarnya concern dengan anak-anak muda sekarang yang terlalu taksub nak berumah tangga tapi tak tahu tanggungjawab selepas kahwin. Memang kahwin awal bagus, tapi bukan mudah. Tapi, terpulang juga kepada pendapat masing-masing.Ni pendapat aku.

          Just imagine bila kau dah graduate, kau kerja, gaji kau pakai sendiri je, bagi mak ayah sikit, kau nak simpan time ni la. Susah senang kau nak g outstation ke apa..Kau free. Kau tak ada komitmen. Sah-sah gaji kau tetiap bulan masuk poket kau.

Bila kau kahwin.....

          Nak pergi mana-mana pun fikir 100 kali tau. Terutamanya time study, time ni la nak pergi trip dengan kawan2, dulu aku lepas kahwin terus tak dapat g trip mana-mana. Mengandung, mana larat..So, masa enjoy aku dengan kawan-kawan dah habis. 

Tapi ibu selalu cakap "Tak pela susah sikit sekarang, nanti akak baru umur 40 tahun, anak dah besar dah"

Betul juga apa ibu cakap.

             Kesimpulannya aku tak menyesal kahwin awal, tapi aku tak advice student kahwin awal sebab nak elak maksiat je. Elak maksiat banyak lagi cara..Takkan kita nak kahwin sehari dua je kot?

Ok lah, ni opinion aku..Korang pulak macam mana?

Byeeee.



























Thursday 19 February 2015

Pengurusan Hartanah UiTM- part 2 (Subjek yg nak Hadap)

Assalamualaikum..Hye2..Bila ntah last time makcik ni update blog dia...Beberapa bulan yang lalu mungkin..Selepas tu hilang tanpa khabar berita..Wahahaa..
Tetiba semangat nak update blog ni sbb bila google Pengurusan Hartanah UiTM, tetiba blog kita first link yg google bagi..Awww..So terharu...Blog yg xberapa nk hidup ni ada gak org nak baca..Tapi kita tau,org yg bace tu org yg interested nak ambik kos ni je..

Melalui review yg dibagi,tajuk Pengurusan Hartanah ni top post yg org bace..Nampak sgt post lain xmenarik nak dibaca..Sob2.So, dengan penuh rasa semangat di pagi Jumaat yg hening,aku post lagi pasal Pengurusan Hartanah ni ea..Kepada yg sudi baca,aku dahului dgn ucapan terima kasih.. =)


Ok,now..Stop membebel yg ntah hape2..Kita proceed dgn tujuan kita bersama untuk mengetahui apakah subjek yg related dgn Pengurusan Hartanah ni..Before ni kita dah cakap pasal kerjaya..Kan?kan?Cakap pasal kerjaya mmg lah best sbb baru kita tau apa yg kita nk buat lepas kita graduate dari kos Pengurusan Hartanah ni.Tapi sebelum sesuka hati nak grad,kita perlulah menghadap subjek2 tertentu sebelam layak digelar lepasan ijazah sarjana muda pengurusan hartanah (kepujian)..Haaa..gitu..


Untuk detail subjek yg bakal diambil diploma dan degree ade aku post kan sebelum ni..Tapi,untuk makluman adik2 semua,kod subjek dah berubah..Untuk degree lah.Untuk diploma akak xtau sbb akak dah lame tinggalkan zaman diploma..hewhewhewww..Kalau dulu guna kod untuk subjek semua EMT tapi skrg dh tukar jadi RES..RES tu stand for Real Estate Study..Kelassss kan kod baru ni..Terima kasih kpd lecturer2 yg mengupgrade kan kod supaya nampak lebih bermaya dan bermutu..Tapi kita still guna kod lama lg sebab kita ni student final year..hihi..


Kalau yg xfaham motif kod2 ni,xpe..Kita cerita pasal lain pulak.Kalau sebelum ni,Pengurusan Hartanah UiTM ni lebih menumpukan kepada subjek penilaian..atau dalam bahasa omputehnya "Valuation"..Dari part 1 diploma sampai lah part 6 degree..Tetiap sem lah kau nak hadap subjek valuation ni..Seolah2 tak ade subjek lain yg penting dlm dunia yg fana ni..Haha.


Kini tidak lagi apabila ada subjek baru yg masuk macam subjek entrepreneur (im talking about degree course yeaa)..So, secara xlangsung boleh la pikir mcm mana nak jadi usahawan yg berdaya saing..heee..Eh..Pasal subjek baru kita mcm xberapa nak teror la..Kalau salah bg info UiTM saman pulak..So,kita just crita apa yg kita blaja dlu lah ye.,.


Basically mcm aku ckp kat atas, valuation la yg core subjek..Nanti belajar la mcm mana nak menilai harta..Nak keje gomen boleh private pun boleh..Antara contoh syarikat private yg menyediakan perkhidmatan penilaian ialah Rahim & CoJordan Lee & JaafarHenry Butcher and Jurunilai Bersekutu..Salah seorang Prof. dari Real Estate Management UiTM pun ada buka syarikat valuer jugak..Mitra Valuers...Dulu aku intern kat sini tp branch Bangi laa...HQ nya kat Klang, di bawah Prof Rahman, one of my lecturer..Yang kat Bangi tu di bawah Puan Nik Karyati..Bos time intern dlu..Sumpah baik gila puan ni tahu..?

Aku bukan nak cakap apa la..Tapi subjek valuer ni penting sbb peluang pekerjaan kita untuk bidang ni pun luas..Tak caya?Tengok ni..



Prof. Rahman post kat FB group bebudak estate


Actually banyak lagi syarikat penilaian harta yg aku xsenaraikan sbb tajuk entri aku bukan nak bg tahu syarikat apa tp subjek apa kan?

Ok,move la another subject..We all also learned about estate agency..The process to be an agent,what is the responsibility and also act yg berkaitan estate agent la..Kau xnak sama kan diri kau dgn broker yg cekik darah makan duit org kan?So, baik kau belajar subjek ni baru kau tahu garis panduan seorang estate agent yg profesional..Ha..Gituuu..


We all learned about project management,.Time blaja subjek ni kau boleh feeling2 mcm Civil Engineer sekejap la..Pas habis kelas kau boleh kembali ke alam realiti balik..Mana tak nya, prosedur mcm mana nak completekan project dari site clearance sampai hand over key kau boleh blaja..Tapi I tell U we all blaja basic je la..Kita student estate bukan civil ok..Yela, subjek ni pun penting if kau dapat rezeki keje dgn developer ke,atleast sikit psal project kau tau la walaupun mmg mimpi la nak jadi project manager,,haha..Project manager usually from architecture or civil engineer..


Kita belajar jugak property management..Project management and Property management ni lain tau...Property management ni nanti boleh la jadi property manager..Ala..dalam entri lepas yg aku cakap manager KLCC gaji RM 30K tu..Tu le dia,,Tapi jgn la mengharap lepas grad je gaji kau RM 30K..Adoiii...Lepas grad kau boleh la jadi Building Exec. dlu..Jaga condo ke, shopping mall..If ada org complain ke, ada tenant nak masuk ke..Tu la kejenyaaa..Tapi Property Management ni more in office la..Yang minat keje luar mcm aku xpayah la..heee..


Aku rasa core subjek aku dah mention dah..Ni subjek2 lain yg aku pernah belajar dlu:


1) Ekonomi

2) Law (mcm2 law berkaitan tanah)
3) Islamic study (budak UiTM panggil subjek CTU)
4) English (budak UiTM panggil subjek BEL)
5) Marketing
6) Reasearch and Methodology

Ehh..Ada lagi sebenarnya tapi xberapa nak ingat la..Hee..Tapi apa yg boleh aku cakap masuk kos Real Estate Managemennt ni kita blaja banyak benda...Sebab tu peluang kerja pun luas..Yang lain kita blaja basic je..Yang gila2 kita blaja valuation lah..Macam teknik valuation ada..If kau xjadi valuer pun, ada ilmu valuation,org xleh tipu kau pasal harga property..Contoh la kau nak beli rumah nanti melalui broker then broker tu letak harga xmasuk akal..Kau boleh hentam dia kaw2 punya dgn ilmu yg ada...Tu la penting nya ilmu..


Ada org tanya aku senang ke kos ni..Aku xtau la nak ckp senang ke x..Sebab nak seribu daya tak nak seribu dalih..Depend kpd org tu jugak..Tapi kos ni not tough as medicine studies or engineering studies..Xpayah kau risau formula math yg xhabis suruh Y cari X dia tu..


Ok,la..Sorry again sbb lama menghilang..


Tqvm for reading!


















Friday 9 May 2014

Sorry

Assalamualaikum adik2..

Akak sedang menyiapkan projek tahun akhir dan ini adalah last semester akak.
Plus, i have 3 month baby right now..
i am very super duper busy..Can't update blog...So sorry.. =,(

However, if u got any offer for further in estate management (pengurusan hartanah) field, grab the opportunity to be one of the professional later!!Accept je offer tuuuu!

Dont worry, tak susah mana pun kos ni.
Insyaallah blog akan update bila dah habis exam bulan 7 nanti.
But, anything u are free to email me at regvaluer@gmail.com or pm my fb.

tqvm!!

Sunday 4 August 2013

Pengalaman Interview Biasiswa Sime Darby

Assalamualaikum kengkawan dan adik2 semua..

Hari ni aku cuba menyempatkan diri untuk share sikit pengalaman interview..Bukan interview keje,tapi interview nak dapatkan biasiswa atau name org puteh nye,scholarship..haaa..gituuu..
Kalau dalam masyarakat kita,org yg dpt biasiswa ni dikategorikan org yg bertuah.Sebab dapat tajaan untuk study.Alhamdulillah,Allah pilih aku untuk tuah yang ini..Memang rezeki..Sime Darby pulak..Siape xkenal name Sime Darby kan?Sampai sekarang pun aku still macam xpercaya aku one of the scholar yg sgt lucky ada biasiswa untuk meneruskan kehidupan di UiTM di hati ku..ngehh.. ngehhh..ngeehhh...

Usahlah kau bermesra dgn lebih lanjut lagi Mira sebab org nak bace pengalaman kau macam mane dapat biasiswa ni..Bukan nak bace bebelan kau yg tiada makna..hihihi..ok..Nak start yang mane dulu nih?Ohh..Nak bg tau tujuan aku share experience ni sebab ade beberapa yg inbox fb mahupun msj2 henfon aku nak tnye tips interview..Kalau musim interview scholarship je,aku jadi popular jap di kalangan kawan2 yang dikenali mahupun tidak dikenali..Wahaha..Aku dapat tau interview untuk Sime Darby (aku letak pasni SD je malas nak taip pepanjang) ni akan diadakan lepas raye ni..Jadi,tidak terlarat lah aku nak jawab sensorang tanye aku cmne tips dan keadaan interview kat SD ni.So,aku buatlah entry ni..Sila bace dgn tekun ea..

Ok..Ni aku tulis untuk interview SD je tau.Interview lain aku xtau..Korang g tanye org lain la kalau nak tau interview dari company lain..yang aku tau dari Pak Darby kesayangan aku jerrr...

Sebelum kite bermula,aku exdplain psal kategori scholarship SD dlu..Die ade due kategori..Satu kategori Excellence which is xambik kisah la gaji parents korang brape pun..Janji CGPA korang atas 3.5 atau lebih mesra dikenali sebagai First Class punye pointer..Ni untuk dari lepasan diploma ke,kolej ke ape ke yg menggunakan sistem pointer..Kalau lepasan SPM aku xtau la brape limit A yg die nak..Korang cek la sendiri kat website SD sbb aku ambik scholarship ni pun melalui pointer diploma..Name pun kategori Excellence ye x..So,result untuk mohon jenis yg ini haruslah bergemerlapan dan bersinar2..haaa..gituuuu..

Kategori yg kedua ialah untuk underprivileged (kurang berkemampuan dari segi kewangan) dan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU)..Untuk jenis yg ini SD ambik kira gaji parents sebab yelah..Kenalah tau yg korang ni layak ke x..Sebab skrg ni ramai org yg kurang berkemampuan dari segi kewangan tapi bijak belaka,so SD nak sponsor lah diorang ni study...If xsilap aku,gaji parent kene lah maksimum RM2000..Tapi korang g cek balik la kat website SD sebab bukan tujuan aku nak ingat syarat2 permohonan dalam entry kali ni..haha..Tapi jangan lah rase kalau result teruk tp dari segi gaji parent korang layak,korang boleh mohon..Sape nk taje kau kalau malas blaja ha..??? (emosi tetibe aku) Atleast untuk kategori ni, korang kene CGPA 3 pointer ke atas and untuk OKU 2.6 macam tu la xsilap aku.. (haha..berapa kali xsilap ntah..ayat penyelamat supaya korang xcakap aku bg info sesat)..Pergi cari website SD sediri. ni link nye..

Yayasan Sime Darby

Ok,now we move on how the interview will look like..Interview SD ni akan dimulakan dgn sedikit presentation...Kau nampak x perkataan 'sedikit' yg aku taip?Maknenye mmg sedikit lah..Xpayah la nak pitam bagai kalau sebut pasal presentation..It is very simple presentation which is korang akan datang dgn bawak dokumen korang..Then ade sikit briefing dari staff YSD (yayasan sime darby),pastu korang akan dilepas kan bertiga2 ke bilik kuarantin..Bilik kuarantin tersebut sgt lah gelap,dan menakutkan..haha..Xdelah..Bilik kuarantin tu selesa yg amat siap aku rase nk tido dalam tu..Korang akan dikuarantin dalam 15 minit macam tu bertiga..Bertiga tu haruslah dgn org2 yg nk interview jugak..Memang xkenal,so time ni korang xpayah nk peramah sgt..Cool down..Relax..Refresh sikit pale otak korang tu..Pastu staff akan bagi korang kertas kecik2 yg dilipat2 yg dalamnye ade tajuk yg sangat bermakna..Korang kena pilih randomly lah..Ala..macam nak cabut undi dalam kelas tu..Macam tu la lebih kurang..Kalau korang punye tangan ade luck,dpt tajuk senang..Kalau jenis tangan xbertuah,dpat la tajuk susah..Tajuk presentation ialah tajuk yg sgt common sense..and also,current issue..Aku dlu dpt tajuk "Benefit of Healthy Life Style"..And oh yeahhh..Alhamdulillah..Agak senang bg aku tajuk ni sbb dh study sikit2..Aku pun macam korang jugak..Google2 info sebelum interview..haha..Antara tajuk org lain yg aku ingat ialah Opinion for Science and Mathematic in English,...... .... ....Yang lain aku xingat lah..sorry sgt korang..Tp yg penting tajuk tu biase2 je la..Xde la sampai die tnye soalan addmath ke fizik ke biologi ke..
Korang ade mse dlm 5 minit untuk prepare..Opss..Lupe nk bgtau,dlm blik kuarantin diharamkan bawak segala bende kecuali badan korang je..So,nak prepare presentation tu korang diberi sebatang pensel and sehalai kertas A4 yg suci dari segala contengan..

Selepas itu,korang akan diminta untuk masuk ke bilik interview..Adakah bertiga dgn kwn2 baru tadi?Semestinya jawapannya tidak..Sila masuk sorang2 dgn kertas yg korang dh prepare tadi..Macam mane care nk masuk,nak duduk ke berdiri and tips lain aku bgtau kat bawah sikit ea..Tolong bace dgn bersabar sehingga habis.Untuk stage yg pertama ni, sorang je panel yg akan dengar bebelan korang..So,xpayah la nk cuak sgt..Sorang je kot...Kalau korang terbuat kesilapan yg memalukan pun,malu dgn die sorg je lah..Xde sape tau..Nanti die suh korang buat presentation secara oral atau bahase melayunye,secara lisan sahaja..Tidak perlu smpai perlu berlakon atau bersajak pun..Cakap idea yg korang dh prepare time kat blik kuarantin tadi..Sebelum start presentation,biasenye panel akan kenal kan diri die dlu..Korang KENA AMBIK KISAH ape position die dlm SD..Supaye nanti korang ade idea nak berbual mesra dgn dia..Take note dalam kepale otak korang yg die keje bahagian ape..Name ape..Pastu nanti die akan tanye background korang pulak..and please..Cerita la yg nampak professional sikit..Jangan la cerita korang suka makan nasi goreng bersama air cincau..atau korang mempunyai seeokor kucing yg gebu..Xpayah..Xpayah..Cerita korang asal mane,level of study,ambition korang..Pastu cakap la korang berminat dan bercita2 untuk bekerja bawah SD satu hari nanti..haa..elemen membodek haruslah ade..Tapi bukan lah bodek sgt pun,betul ape..Xkan lah korang mintak biasiswa SD tapi xbercita2 nak keje dgn SD?Kan?Kan?

SO,bab backgorund,pandai2lah korang..Bab presenatation,nanti die akan tnye seketul due ketul soalan dari presentation korang..Macam aku dlu die tnye 'Why Malaysia do not really practice healthy lifestyle?'...Haa..Pandai2 lah nk jwb..Jawab biar logic..Jgn jwb bukan2..Memandangkan SD merupakn syarikat yg guna bahasa inggeris sbgai bahase perantara,so korang kena jwb fully english lahhh..Try ur best..Untuk yg xteror bahasa inggeris macam mane wahai mira munirah??

Meh aku bg tips untuk yg xteror bahase omputeh,tipsnye,TIBAI..haha..Korang cakap broken english pun xpe as long as korang effort nak speaking..Jgn la guna bahase melayu...try avoid sekejap bahase ibunda kita ni...Aku ni xteror english pon..SPM dlu pn credit je subjek bhase inggeris ni..So,kalau aku boleh berspeaking,korang mesti boleh..Chaiyokkk!!!!

Last untuk stage pertama,korang akan ditanya soalan ini. "Do u have any question?"..haaa..sudah..Penat die soal kite,kite pulak die mintak soalan..And please..Korang prepare satu soalan since dr rumah lagi..Soalan yg menyenangkan hati la...Jangan menyibuk tnye panel dh kawin ke belum..JANGAN TANYE PERIBADI PANEL.Dulu aku tnye soalan cenggini "Since SD one of the establish company in real estate industry, did SD have any valuer?"..haa..gitu..Korang jgn tiru soalan aku pulak..Nanti same pulak soalan sume orang..Pikir soalan korang sendiri..ok?

Dah habis interview,panel tu siap bukakkan pintu lagi untuk aku..and dia sempat cakap "I HOPE U WILL JOIN SD AS ONE OF THE STAFF AFTER GRADUATING LATER"..Subahanallah.Berpinar2 jap mate aku..Aku mohon biasiswa,tp dpt offer nk join keje SD pulak.walaupun bukan officially offer, tp itu menunjukkan tahap perfomance aku sebentar tadi..ngeh..ngehhh..Terima kasih Allah..

Kalau korang berjaya di stage pertama,korang akan dimaklumkan ke stage ke dua melalui email.Oleh itu,korang cipta la email yg senang org SD nk contact..Jgn buat email berbelit2..Lebih baik buat email tu guna nama korang.Contohnye kalau name korang siti aminah,buatlah email sitiaminah@gmail.com..Siap bg contoh lg aku ni..Detail betull...Ni pun sebab aku punye pengalaman email berbelit,SD salah record,aku xdpt email 2nd interview..Tgok2 aku kol die ckp "kenape awk xdtang?hari ni interview awak 2nd stage"..Haaa.naya wa cakap lu..Kelam kabut aku minta postpone interview like a bossssss..Tapi pihak SD tegur la aku sbb bg email yg susah..Padan muke titewww..hikhik..

Alhamdulillah..I move on 2nd stage!Thank you Allah.. At 2 nd stage, no more presentation..Only interview about yourself..And u..Yes..U...Ade due panel yg akan tnye psal background korang secara sgt detail..So,better korang berlaku jujur dan saksama..Please tau income family korang,mak ayah keje ape,and study psal family korang..Buat malu je pasal family sendiri pun xtau nanti..And again,one of the panel ckp cmni kat aku "puan ni kerja kat bahagian property at SD property.Nanti kerja,jgn lupa tegur puan ni"..Sambil menunjukkan ke arah panel yg lagi sorang..Allah..Aku happy sgt panel tu ckp cmtu..Seolah2 nk terima aku masuk kerja pulak..Alhamdulillah..Peluang nampaknye semakin cerah..

A few weeks later (xhingat la brape lame dr 2nd stage interview tu), aku dpt email yg aku berjaya mendapat scholarship sime darby.Alhamduliilah.Terima kasih Allah!!Aku dijemput ke 1 majlis berprestij yg dianjurkan oleh Yayasan Sime Darby.Siap naik stage terima certificate yg membuktikan kita ni pemegang biasiswa SD.Hanye Allah yg tau perasaan titeww time tu.. =,D

Ni gambarnye..nah2..tgok..Lepas majlis,kitoang dapat makan sedap2 wooo..Chef SD yg masak sendiri tau..Banyak gila makanan tp time tu aku xterpikir pulak nak tgkap gmbar makanan2 tersebut..huhuu..

Tu lah dia al kisah nye..Seperti yg dijanjikan,aku nak share sikit tips menghadapi interview..

1) Pakai pakaian yg bersesuai..Kemas.Nampak professional..Perempuan elok pakai baju kurung.Lelaki pakailah kemeja berserta tali leher.
2) Kasut seboleh2nya bertutup.Jangan nampak jari kaki tau.
3) Nak masuk bilik interview bace lah doa,dengan kaki kanan..Haa..macam nak exam..Kalau panel melayu,bagi salam..SENYUM.
4) Jangan duduk selagi panel xjemput ekau duduk yoooo..
5) Bertenang,hati tu banyak2 la ingat Allah..
6) CONFIDENT. Please confident.Jangan buat muka cuak,nerves dan sewaktu dgn nya.
7) Jawab ape yg ditanye.Jangan merapu2.
8) Bagi tau jugak kelebihan diri korang kenapa korang layak untuk dpt biasiswa tu dlm ramai2 org yg mintak. Bg la tau korang ni can work under pressure ke, berdisiplin ke ape ke..
9) Jangan lupa jugak study pasal company SD..SD ade berapa pecahan.Ape sumbangan SD pada masyarakat.Berapa keuntungan SD dlm paper..Cari newspaper.Google information.JANGAN MALAS!!
10) Last but not least,kita berusaha,Allah yg tentukan..Tawakal lah lepas tu ye komeeee..Berdoa banyak2..Insyaallah..Ade rezeki,adelah..Kalau xde,mungkin rezeki kat tempat lain..

so, GOOD LUCK KORANG!!!

Tqvm for read this super long entry!Selamat hari raya..Maaf ZAhir Batin..

Tuesday 7 May 2013

Pengurusan Hartanah UiTM- part 1 (kerjaya)

Assalamualaikum n hye.

Memang lame la aku x hapdate blog nie...busy memanjang...almaklumlah..baru lepas bersanding..dengan study lg...mmg xde mse..huhu..busy mengalahkan student yg ambik kedoktoran pulak..padahal ambik estate management jeee...Memandangkan aku dlm bas n xbuat pape, aku pun hapdate la sikit ea...Hari tu ade sorg adik tu inbox fb aku untuk mntak hapdate psal kos yg aku ambik skrg..aku ingat nk hapdate sebelum form upu tutup..tp kezen aku ckp dh tutup then barula bru aku terhegeh2 nk hapdate psal ni...xpela...mane tau ade adik2 yg terdpat kos ni secare xsengaje...boleh la jenguk2 entry akak nie ye...hikhik..ok...Sebelum hapdate lebih pnjg lebar,kot2 ade kakak abg yg lebih expert bab pengurusan hartanah yg sudi bce entry aku,boleh leave comment or link blog korang if korang pn ade crite psal ni jugak..moh le kite same2 bantu adik2 kite untuk lebih tau bidang kite ni.

emmm...nk start dr mane ea?start dr makne pengurusan hartanah tu sendiri..ape maksud hartanah?jgn jwb hartanah itu ialah harta tanah.itu loyer xbrape cerdik jwbnye...hartanah tu ialah harta yg melekat di atas tanah..ini mengikut kefahaman aku..bukan ade dr akta ke ape ea...tp yg ade dalam akta ialah, boleh refer Kanun Tanah Negara,maksud tanah tu sendiri...haaa..korang kenalah tau..jgn pandang tanah tu xpenting..siap masuk dlm akta lg...kpd sesape yg blaja estate management,maka wajiblah ade kanun tanah negara ni...memang tebal..tp lecturer ckp,guna smpai bile2 selagi korang ade dlm bidang ni...
maksud tanah tu ape kak mira??terngiang2 soalan dr adik2 comel...maaf ye dik..entry akak bukan psal nk blaja maksud tanah...akak nk crite psal kos akak je...tp 1 bende la nk share bg yg xtau, semua tanah adelah milik kerajaan negeri...kerajaan negeri berkuase ke atas tanah negeri masing2..yg mak ayah korang beli rumah then ade geran bagai tu,bile kerajaan negeri setuju nak serahkan bahagian tanah tu kpd mak ayah korang.tp asal usulnye pape tanah milik kerajaan negeri...ingat tu!bile2 kerajaan boleh ambil balik..melalui akta pengambilan tanah..

aikk...??akta lagi..??titeww xsuke la kak mira hafal2 ni...baik titew ambik kos law...ehhh..ehh..relax lu...wa xbis crite lg..lu jgn emo eaaaaaa....
dah habis sebut psal maksud tanah,pg pulak maksud pengurusan.tidak terlintas di hati untuk mengulas pnjg maksud pengurusan.sume org tau kan.pengurusan tu ape...so,pengurusan hartanah bermaksud menguruskan harta yg melekat di atas tanah, di bawah tanah atau diliputi air..yg di bawah tanah n diliputi air tu xpayah pikir sgt la...korang pikir yg di atas tanah tu je...contohnye mcm rumah,kilang,shopping complex,taman tema air atau pape je yg korang nampak harta tu melekat di atas tanah dan boleh dinilaikan dengan harga.kalau kereta boleh bergerak2 kan?so,kereta ataupun kenderaan lain tidak dikategorikan sebagai hartanah...panjang lebar pulak crite psal hartanah nie..

skrg kite pg kpd kerjaye...atau name omputehnye,career...kalau korang ambik kos ni secara automatiknya korang lepas graduate boleh jadi penilai ataupun dlm bahase omputeh,valuer...kalau graduate lepasan diploma pengurusan hartanah atau diploma in estate management,korang boleh jd pembantu penilai..kalau korang graduate lepasan ijazah sarjana muda pengurusan hartanah atau degree in estate management,korang boleh jd penilai...lagi baik,korang boleh pergi interview bawah Board of Valuer, Appraisal and Estate Agent (BOVEA) selepas bekerja sekurang2 nya 2 tahun,untuk dapatkan lesen penilai berdaftar..lepas tu korang boleh bukak syarikat sendiri..tp nk bg tau awal2..interview die bukan senang ea...5 ke 6 jam sensorg dlm blik dgn 3 ke 4 panel (xsure bpe panel)..biasenye,interview sekali xlepas...kena 2 kali dan seterusnya mungkin baru lepas..so,siape ckp nk jd registered valuer ni senang?kalau korang ade kenal sesape yg ade lesen registered valuer,sampaikan salam aku kpd org tu sebab bukan calang2 org boleh dpt lesen nie..yg bestnya,boleh dpt lesen registered estate agent n lesen property management sekali gus!3 lesen terus mmg worth it kau kene interview susah2...hehehe...

then,scope kerja yg seterusnya kau boleh la jd estate agent..kalau org kampung panggil,broker...tp broker tu org ckp illegal iaitu tidak tertakluk di bawah yg etika yg ditetapkan oleh BOVEA.kalau korg berurusan dgn estate agent,insyaallah lebih selamat..estate agent ataupun broker ni merupakan org tgah untuk tolong menjualkan atau membelikan harta org..contohnya,kalau korang nk jual rumah,then xtau nk jual kat sape,korang lantik estate agent untuk tolong jualkan...mengikut akta,maksimum fees untuk estate agent ialah 3% dari jumlah hartanah yg terlibat...andai kate korang tolong jual kan rumah berharge 1 juta,korang dpt 3% dari 1 juta tu..berape tu..??mohon untuk buat kire2 sendiri..itu baru jual sebuah rumah..kalau 5 buah?10 buah?100 buah??woooowwwwwww!!so,jgn heran kenape donald trump kaye dlm real estate field.ok next..

sebelum korg berangan mat jenin nak jadi kaye,kite move on to another profession...property manager...atau pun pengurus harta..maksudnye,korg kena uruskan satu2 bangunan yg melibatkan ramai org..contohnye,klcc..korg tau brape gaji property manager klcc tu?lecturer aku ckp,dlu kwn die die jd property manager klcc gaji 30 ribu+...dlu...skrg aku xtau la bpe sbb kwn die pn dh benti...ape role property manager ni?role die,kau kene uruskan sume la...kalau urus shopping mall mcm midvaley ke,pavillion ke,one utama ke,....korang kena uruskan siapa nak sewa kedai2 dlm bangunan yg korang urus tu..kutip sewa...pastikan kedai2 dijaga elok...keselamatn bangunan...kontraktor yg korang nk bayar untuk bersihkan toilet and keseluruhan bangunan...so,kalau korg tgok shopping complex yg tiptop tu, maknenye korg tau la pengurusan nye pn tiptop..kalau shopping mall yg dh xbpe nk maju tu,korg pikir2 la sndiri kenape..huuuu...korg boleh jugak menguruskan apartment,hotel,chalet...bangunan2 celcom,tabung haji,maxis,tnb, and syarikat2 korporat..diorg mmg ade pengurus harta untuk menguruskan harta diorg..bnyakkan peluang kerja??bestnyeeeee...3 career yg aku sebutkan ni,yg top la yg dipilih oleh kakak abg yg dh grad dlm kos ni..aku belum grad lg..ckp je lebih..haha..

kite move in another keje pulak...korang boleh jugak jd developer..atau name melayunye,pemaju...boleh keje kat sime darby,glucomac,sp setia,gamuda,ijm dan beratus2 lg developer kat luar sane yg memerlukan korang untuk pembangunan negara..kirenye nnti korg one of the professional yg akan ade dlm team yg akan membina kwsan perumahan,kilang2,hotel,shopping complex dan sebagainye...bestnye!!pastu korg boleh jd lecturer..untuk yg pointer bagus,sambung master then jd lecturer..kampus uitm pun bakal ditambah,maka bilangan lecturer yg diperlukan juga akan bertambah...untuk yg malas nk pikir2,korang boleh jugak mntak untuk keje dgn bank...ramai jugak aku dgar lepas grad degree estate managemnt,keje kat bank...itu pun ok kan..??heeeee...yg bestnye psal kos ni,korg boleh keje kerajaan atau pn swasta...xmcm sesetngah kos yg peluang kerjanya di sektor kerajaan atau swasta sahaja.kalau kos ni ada pilihan..ikut kome la nk keje mane ye nanti...pasni follow entry psal subjek pulak ok!

tqvm for reading!