Friday 17 April 2015

Kahwin Sambil Belajar

Assalamualaikum..

         Ohh..Lama nya tak update..Boleh katakan setahun beberapa kali je ada masa nak update blog.. Almaklumlah, aku memang busy punya perempuan..Ni tetiba rajin pun sebab kena kerja hari Sabtu (kita cuti seminggu sekali je.sob sobs)..So, macam bosan gila ofis ni then teringat kat blog yang dah berhabuk, kalau wujud di alam nyata blog ni memang dah bertikus, bercacing, berular dan sebagainya..Huuuhuu.. =(

         Ehh..Kita rajin ni pun sesaje nak share khabar gembira yang baby kita Umarr nak jadi abang..yippiieeee...Adik yang tak diundang nak masuk 2 months dah dalam perut..Hehehe..Baik punya planning woo..Nak tunggu Umarr besar la, nak melancong serata dunia bawak Umarr la, nak beli Umarr ini itu, nak beli rumah, nak sambung Master,eehh..Just name it..Semua aku nak..Tapi Allah sebaik-baik perancang, dah nak tambah lagi sorang ni kena la ubah planning hidup..

          Aku ni ada sedikit fobia nak beranak lagi..Mana taknya, kisah silam melahirkan Umarr amat lah mengerikan.. Contraction bersalin je dah 36 jam. Mak aihh..Sapa yang pernah rasa bersalin je tau contraction tu sakit macam hape..Nak tahan 5 minit pun tak sanggup inikan 36 jam.. Time tu memang fikir dah tak panjang umur je..Sakit gila.. =(

         Tajuk kahwin sambil belajar ni ada kena mengena la dengan kisah hidup aku..Kalau kau tengok orang-orang lain yang tabah kahwin sambil belajar dengan anak lagi, boleh fikir dia ada suami nak tolong. Aku ni, kahwin dgn askar, nak menolong  ni macam harapan je lah. Suami aku kem kat Kluang, Johor, dan aku study kat UiTM Shah Alam. Memang harap ibu aku je tolong aku..

         Waktu mula2 pregnant Umarr pun, suami aku kat Lahad Datu. Umarr dah 4 bulan dalam perut baru suami aku balik. "Biasalah tu kahwin dengan askar, kena banyak berkorban" Kata si cengkerik yang tak kena batang hidung sendiri.. Apa pun memang payah suami jauh, dengan kita masih study.. Dipendekkan cerita yang panjang, aku duduk rumah sewa time pregnant, kawan2 yang jagakan aku..Mengidam apa2 ibu yang berusaha dapatkan untuk aku..Ish ish ish..

         Aku bersalin timing memang cantik (Alhamdulillah), time cuti semester. So, aku tak de lah nak postpone study since memang aku berharap sangat dapat graduate dengan rakan2 sekelas yang aku sayangi..Pheww..

         "Eh..Bestnya ada baby time belajar" "Bestnya jadi Mira" "Mira untung, dah kahwin, ada anak lagi"...Dan macam2 lagi ayat positif dari rakan sebaya yang memang biasa aku dengar.. Hanya mampu tersengih kerang busuk, derita time tu hanya Allah yang tahu. Time dah ada baby, aku berulang dari rumah ibu aku di Beranang ke Shah Alam setiap hari untuk pergi kelas. Lagi best, bila dah sampai kelas, kelas diumum batal oleh Class Rep, sebab lecturer batalkan last minit.. Bukan sekali dua weyh aku kena. Banyak kali.. Travel 1 jam setengah dengan jammed datang kelas panjat tangga (UiTM dan bukit berpisah tiada) , kelas batal macam tu je. Lecturer yang sama pulak tu.. Mohon lecturer tu berubah, jangan buli student macam ni.Hmm..Yang pelik nya, bila aku decide tak nak datang, ada pulak kelas dia teruskan.. What the Fish.

"Alahai, travel pun nak bising Mira ni.."

         Yela, malam aku tak cukup tido , gila apa ada baby boleh tidur lena,tambah2 baby aku full brestfeeding. Aku memang berazam nak bagi dia full bf, so kena berkorban  lebih sikit.. Malam dua tiga kali bangun, pump susu, susukan baby..Kadang2 aku tidur pengsan ibu aku berusaha bangunkan aku sampai terjaga. Kesian ibu.. =,(

Haa..Amacam?Nak kahwin awal jugak?

           Sambung lagi, penderitaan lebih dasyat bila adanya Final Year Project (FYP) yang sangat stress. If assigment biasa, kau boleh kautim dengan member2..Membe assigment aku baik sangat <3 . Kau sikit aku sikit buat..Ni FYP semua kena settle sendiri. Time tu pulak Umarr meragam nangis2, ibu pulak kena insomnia (xleh tido malam) so bila siang ibu jadi pening.. Memang tragis, sepanjang siapkan FYP aku ada malam yang tak tidur langsung (org takde anak siapkan fyp pun tak tidur inikan aku)..Alhamdulillah, berjaya jugak aku ke peringkat viva..Dan semuanya lepas..Siap bawak Umarr pergi viva.. Allah, ngeri bila ingat balik.

            Aku cerita ni bukan la sesaje nak buang masa, aku nak sampaikan, jangan bila kita tengok orang tu rezeki lebih, jangan ingat dia mudah dapat semua tu. Pesanan ni pun aku pesan kat diri sendiri. Sebab aku pun ada penyakit bila tengok orang berjaya, macam dalam hati terdetik "Kenapa otak dia pandai sangat?", "Kenapa macam best je dia jadi kaya" "Kenapa ni kenapa tu.. Tapi bila fikir balik,ujian dia mesti hebat..

            Sama juga dengan kahwin sambil belajar ni. Sebagai orang yang dah melaluinya, aku memang rekemen 100% sekurang2nya kau habis lah belajar dulu adik2 woi.. Sumpah realiti alam perkahwinan tak sama denga novel yang kau baca, dengan drama yang kau tengok, dengan cerita sweet orang yang kau dengar. Maybe orang yang kahwin tu acah-acah sweet, sebenarnya perang dunia yang dia tak tunjuk, kau takkan pernah tahu. 

            Aku bukan streotaip, kalau still belajar tu means muda lagi, bila muda lagi darah senang naik..Aku cakap ni if kita ni kategori orang biasa2.. Tapi kalau jodoh kau tu memang keturunan bagus, penyabar, orang2 soleh, mungkin boleh dipertimbangkan.. Apa-apa pun istikharah la, minta petunjuk Allah..

Tapi kena ingat,kalau kau dah beriya sangat nak kahwin, pastu kau istikharah, memang kau sendiri termimpi-mimpi yang dia jodoh kau. So, sepatutnya kau jadi lagi neutral, ada jodoh ada, tak de tak apa..Insyaallah petunjuk datang dari Allah, bukan dari akal kita yang cetek.

"Nak kahwin jugak,tak peduli"
"Saya cinta dia"
"Kami nak elak maksiat"

             Biasala tu ayat2 macam ni dah lama dah dengar. Cuma teringat kata-kata seorang ustaz "Kalau kahwin nak elak maksiat, kenapa masih ada lagi isteri dan suami orang yang berzina dengan orang lain?"

Haaa...Jawab2..Hehehe..

  "Eh..Kak Mira kahwin awal kenapa pulak?Ramai je orang bahagia kahwin awal.."

               Ohh..Akak kahwin awal ni pun sebab ingat best gila..Rupanya best tu tak datang sendiri.. Kita kena usaha nak jadikan perkahwinan tu best.. Dan usaha tu kadang2 menyebabkan kepenatan..Dan kepenatan tu menyebabkan rasa nak marah.Tu bagi akak la.. Kalau kau nak cuba-cuba jugak, kahwin jela. Kisah apa aku.Orang nasihat tak nak dengar. Ish!

           Aku sebenarnya concern dengan anak-anak muda sekarang yang terlalu taksub nak berumah tangga tapi tak tahu tanggungjawab selepas kahwin. Memang kahwin awal bagus, tapi bukan mudah. Tapi, terpulang juga kepada pendapat masing-masing.Ni pendapat aku.

          Just imagine bila kau dah graduate, kau kerja, gaji kau pakai sendiri je, bagi mak ayah sikit, kau nak simpan time ni la. Susah senang kau nak g outstation ke apa..Kau free. Kau tak ada komitmen. Sah-sah gaji kau tetiap bulan masuk poket kau.

Bila kau kahwin.....

          Nak pergi mana-mana pun fikir 100 kali tau. Terutamanya time study, time ni la nak pergi trip dengan kawan2, dulu aku lepas kahwin terus tak dapat g trip mana-mana. Mengandung, mana larat..So, masa enjoy aku dengan kawan-kawan dah habis. 

Tapi ibu selalu cakap "Tak pela susah sikit sekarang, nanti akak baru umur 40 tahun, anak dah besar dah"

Betul juga apa ibu cakap.

             Kesimpulannya aku tak menyesal kahwin awal, tapi aku tak advice student kahwin awal sebab nak elak maksiat je. Elak maksiat banyak lagi cara..Takkan kita nak kahwin sehari dua je kot?

Ok lah, ni opinion aku..Korang pulak macam mana?

Byeeee.



























No comments:

Post a Comment