Thursday 19 February 2015

Pengurusan Hartanah UiTM- part 2 (Subjek yg nak Hadap)

Assalamualaikum..Hye2..Bila ntah last time makcik ni update blog dia...Beberapa bulan yang lalu mungkin..Selepas tu hilang tanpa khabar berita..Wahahaa..
Tetiba semangat nak update blog ni sbb bila google Pengurusan Hartanah UiTM, tetiba blog kita first link yg google bagi..Awww..So terharu...Blog yg xberapa nk hidup ni ada gak org nak baca..Tapi kita tau,org yg bace tu org yg interested nak ambik kos ni je..

Melalui review yg dibagi,tajuk Pengurusan Hartanah ni top post yg org bace..Nampak sgt post lain xmenarik nak dibaca..Sob2.So, dengan penuh rasa semangat di pagi Jumaat yg hening,aku post lagi pasal Pengurusan Hartanah ni ea..Kepada yg sudi baca,aku dahului dgn ucapan terima kasih.. =)


Ok,now..Stop membebel yg ntah hape2..Kita proceed dgn tujuan kita bersama untuk mengetahui apakah subjek yg related dgn Pengurusan Hartanah ni..Before ni kita dah cakap pasal kerjaya..Kan?kan?Cakap pasal kerjaya mmg lah best sbb baru kita tau apa yg kita nk buat lepas kita graduate dari kos Pengurusan Hartanah ni.Tapi sebelum sesuka hati nak grad,kita perlulah menghadap subjek2 tertentu sebelam layak digelar lepasan ijazah sarjana muda pengurusan hartanah (kepujian)..Haaa..gitu..


Untuk detail subjek yg bakal diambil diploma dan degree ade aku post kan sebelum ni..Tapi,untuk makluman adik2 semua,kod subjek dah berubah..Untuk degree lah.Untuk diploma akak xtau sbb akak dah lame tinggalkan zaman diploma..hewhewhewww..Kalau dulu guna kod untuk subjek semua EMT tapi skrg dh tukar jadi RES..RES tu stand for Real Estate Study..Kelassss kan kod baru ni..Terima kasih kpd lecturer2 yg mengupgrade kan kod supaya nampak lebih bermaya dan bermutu..Tapi kita still guna kod lama lg sebab kita ni student final year..hihi..


Kalau yg xfaham motif kod2 ni,xpe..Kita cerita pasal lain pulak.Kalau sebelum ni,Pengurusan Hartanah UiTM ni lebih menumpukan kepada subjek penilaian..atau dalam bahasa omputehnya "Valuation"..Dari part 1 diploma sampai lah part 6 degree..Tetiap sem lah kau nak hadap subjek valuation ni..Seolah2 tak ade subjek lain yg penting dlm dunia yg fana ni..Haha.


Kini tidak lagi apabila ada subjek baru yg masuk macam subjek entrepreneur (im talking about degree course yeaa)..So, secara xlangsung boleh la pikir mcm mana nak jadi usahawan yg berdaya saing..heee..Eh..Pasal subjek baru kita mcm xberapa nak teror la..Kalau salah bg info UiTM saman pulak..So,kita just crita apa yg kita blaja dlu lah ye.,.


Basically mcm aku ckp kat atas, valuation la yg core subjek..Nanti belajar la mcm mana nak menilai harta..Nak keje gomen boleh private pun boleh..Antara contoh syarikat private yg menyediakan perkhidmatan penilaian ialah Rahim & CoJordan Lee & JaafarHenry Butcher and Jurunilai Bersekutu..Salah seorang Prof. dari Real Estate Management UiTM pun ada buka syarikat valuer jugak..Mitra Valuers...Dulu aku intern kat sini tp branch Bangi laa...HQ nya kat Klang, di bawah Prof Rahman, one of my lecturer..Yang kat Bangi tu di bawah Puan Nik Karyati..Bos time intern dlu..Sumpah baik gila puan ni tahu..?

Aku bukan nak cakap apa la..Tapi subjek valuer ni penting sbb peluang pekerjaan kita untuk bidang ni pun luas..Tak caya?Tengok ni..



Prof. Rahman post kat FB group bebudak estate


Actually banyak lagi syarikat penilaian harta yg aku xsenaraikan sbb tajuk entri aku bukan nak bg tahu syarikat apa tp subjek apa kan?

Ok,move la another subject..We all also learned about estate agency..The process to be an agent,what is the responsibility and also act yg berkaitan estate agent la..Kau xnak sama kan diri kau dgn broker yg cekik darah makan duit org kan?So, baik kau belajar subjek ni baru kau tahu garis panduan seorang estate agent yg profesional..Ha..Gituuu..


We all learned about project management,.Time blaja subjek ni kau boleh feeling2 mcm Civil Engineer sekejap la..Pas habis kelas kau boleh kembali ke alam realiti balik..Mana tak nya, prosedur mcm mana nak completekan project dari site clearance sampai hand over key kau boleh blaja..Tapi I tell U we all blaja basic je la..Kita student estate bukan civil ok..Yela, subjek ni pun penting if kau dapat rezeki keje dgn developer ke,atleast sikit psal project kau tau la walaupun mmg mimpi la nak jadi project manager,,haha..Project manager usually from architecture or civil engineer..


Kita belajar jugak property management..Project management and Property management ni lain tau...Property management ni nanti boleh la jadi property manager..Ala..dalam entri lepas yg aku cakap manager KLCC gaji RM 30K tu..Tu le dia,,Tapi jgn la mengharap lepas grad je gaji kau RM 30K..Adoiii...Lepas grad kau boleh la jadi Building Exec. dlu..Jaga condo ke, shopping mall..If ada org complain ke, ada tenant nak masuk ke..Tu la kejenyaaa..Tapi Property Management ni more in office la..Yang minat keje luar mcm aku xpayah la..heee..


Aku rasa core subjek aku dah mention dah..Ni subjek2 lain yg aku pernah belajar dlu:


1) Ekonomi

2) Law (mcm2 law berkaitan tanah)
3) Islamic study (budak UiTM panggil subjek CTU)
4) English (budak UiTM panggil subjek BEL)
5) Marketing
6) Reasearch and Methodology

Ehh..Ada lagi sebenarnya tapi xberapa nak ingat la..Hee..Tapi apa yg boleh aku cakap masuk kos Real Estate Managemennt ni kita blaja banyak benda...Sebab tu peluang kerja pun luas..Yang lain kita blaja basic je..Yang gila2 kita blaja valuation lah..Macam teknik valuation ada..If kau xjadi valuer pun, ada ilmu valuation,org xleh tipu kau pasal harga property..Contoh la kau nak beli rumah nanti melalui broker then broker tu letak harga xmasuk akal..Kau boleh hentam dia kaw2 punya dgn ilmu yg ada...Tu la penting nya ilmu..


Ada org tanya aku senang ke kos ni..Aku xtau la nak ckp senang ke x..Sebab nak seribu daya tak nak seribu dalih..Depend kpd org tu jugak..Tapi kos ni not tough as medicine studies or engineering studies..Xpayah kau risau formula math yg xhabis suruh Y cari X dia tu..


Ok,la..Sorry again sbb lama menghilang..


Tqvm for reading!


















5 comments:

  1. i like your post sis, boleh updated lagi tak info terbaru untuk degree student ?? thank you

    ReplyDelete
  2. Boleh tanya tak?brape cost diploma pengurusan hartanah di uitm?

    ReplyDelete
  3. Saya dari diploma sains tapi degree saya pilih course ni.Jadi sy nak tau agak2 susah ke sy nak catch up nnti ye??Tlg reply ye kak

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. my company needed practical students in pengurusan hartanah, marketing or retailing from uitm. kindly contact me at 0122808246 Salsa. TQ

    ReplyDelete